Semoga Allah merahmati kita semua hari ini, esok dan selama kita berada di bumiNya ini..amin.. :)
Semalam hari yang sangat best!
3 years+ duduk di kuantan, baru pertama kali mencuba membuat nasi kerabu..hahahah...selama ini asyik beli jer..berpeluh-peluh menyiapkan resepi ini.memang mencabar..maklumlah pertama kali gituh :)..berkejaran dengan masa juga sebab suami tersayang kerja lebih masa semalam..
Resepi nasi kerabu + ayam panggang ini perkongsian dari Aisyah..teman lama semasa belajar di Sg. Petani dahulu..Aisyah ini tauke nasi kerabu kecil-kecilan sekitar Putrajaya..belajar nasi kerabu dari ibu mertuanya yang merupakan ore kelate..
Jom..tengok resepi nasi kerabu versi Aisyah..
Terlebih pewarna biru :)
Bahan-bahan / cara memasak:
Ayam Panggang
5 ketul ayam
2 inch kunyit hidup
1 inch halia
3 bj bawang putih
Garam
Gula
## Cuci ayam sehingga bersih. Tumbuk semua bahan lain dan perapkan ayam. Perap semalaman untuk rasa yang lebih sedap. Panggang sehingga masak.
Nasi Kerabu
Ayam Panggang
5 ketul ayam
2 inch kunyit hidup
1 inch halia
3 bj bawang putih
Garam
Gula
## Cuci ayam sehingga bersih. Tumbuk semua bahan lain dan perapkan ayam. Perap semalaman untuk rasa yang lebih sedap. Panggang sehingga masak.
Nasi Kerabu
Beras
Air
pewarna biru / bunga telang
Daun limau purut
## Cuci beras. sukat air dan tambahkan sedikit pewarna biru. Ramas daun limau purut dan masukkan di dalam beras. Tanak nasi seperti biasa. (Jika ada daun telang, ambil beberapa kuntum rendam dalam air. Bila air bertukar kebiruan, sukat bersama beras seperti biasa).
Sambal cili
10 tangkai cili padi
1 tangkai lada merah
1 sudu cuka
1/2 sudu garam
2 sudu gula
## Tumbuk semua bahan dan seimbangkan rasanya mengikut citarasa.
Sambal Kelapa
Kelapa parut (setengah biji)
1 ekor ikan kembung
3 bj bawang merah
2 batang serai
1/2 sudu garam
1 sudu gula
## Sangai kelapa parut sehingga bertukar warna coklat. Rebus ikan dan asingkan isi dari tulang. Tumbuk halusbawang dan serai. Tumbuk kasar kelapa sangai. Gaul rata semua bahan.
Ulam
Kobis
Kacang panjang
Daun kesum
## Cuci dan hiris halus semua ulam. (Tak makan sayur sebab tu letak sikit jer..hehehhe..)
Bahan tambahan
Telur masin
## Cuci bersih dan rebus. Belah 2.
Siap untuk dihidangkan macam pic kat bawah ni...(kalau nak lagi sedap tambahkan budu)
Selamat menjamu selera !
Marvellous la mama moody!!! best2....i will be ur follower after this.... ^_^
ReplyDeletebint..try la..insyaAllah..xmngecewakan rasmnenyer..wat tuk abg n mak abah ko.. :)
Delete