Semoga Allah jadikan hari ini lebih baik dari semalam..InsyaAllah..
Hari ini hendak berkongsi resepi sambal terung yang sangat ringkas dan mudah disediakan.
Bahan-bahan :
Minyak (untuk tumis)
Sedikit air
1 bj terung (cuci & potong)
5 tangkai cili padi
3 bj bawang merah
2 bj bawang putih
1 cm halia
1 genggam ikan bilis
Garam & gula secukup rasa
Cara memasak :
Cuci terung dan potong ikut citarasa anda.Toskan.
Tumbuk semua bahan kecuali ikan bilis.Tumbuk sekali lagi tetapi biarkan ikan bilis ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.Tunggu sehingga naik bau dan masukkan terung.
Tambahkan air dan masak sehingga terung lembut.Perasakan dengan garam dan gula.Siap!
Enak dimakan bersama nasi panas..yummmyyy :)
No comments:
Post a Comment