Ehem ehem..dah 2 pagi berturut-turut wat kuih buah melaka. Hantar dekat kafe tempat hubby kerja. 1st day wat 250g jer..tapi tauke kafe suruh tambah. So 2nd day wat 500g. Hubby balik dari kerja n cakap untuk tahun baru tauke mintak hantar lebih lagi...waaahhh...Terima kaseh Allah..
Alhamdulillah..
Bukanlah nak kata kuih saya buat sedap sangat..tapi insyaAllah kalau makan xdelah mengecewakan sangat. That's mean tahun baru nanti ader projek baru..Projek kuih buah melaka! untuk kafe hubby..
Meh tengok pic kuih buah melaka air tangan saya..
Comelkan :)
Jom scroll lagi untuk tengok resepi kuih ni :
Bahan - bahan :
500g tepung pulut
2 sudu besar garam
2 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)
1 bj kelapa parut (putih sahaja)
Pewarna hijau
Gula melaka (dipotong dadu)
Cara - cara menyediakannya :
Kisar daun pandan untuk dapatkan lebih kurang 2 cawan air pandan. (tapis)
Uli tepung pulut dengan air pandan sedikit hingga sedikit. Uli sehingga doh boleh dikepal - kepal. Jika warna hijau kurang berseri tambahkan sedikit pewarna hijau.
Gaul kelapa parut putih dengan 2 sudu besar garam. Kukus sebentar (5 minit) untuk dapatka tekstur yang sedikit keras. Proses ni memudahkan lagi kelapa lekat dengan cantik bila tepung digolek nanti.
Ambil sejemput doh dan bulat-bulatkan. Leperkan di bahagian tengah dan masukkan gula melaka yang di potong dadu.
Tutup semula bebola tadi. Pastikan gula melaka tidak terkeluar.
Didihkan air dan masukkan bebola buah melaka. Tunggu sehingga bebola timbul. Kaut bebola dan masukkan pula dalam air sejuk. Tapis dan golekkan pada kelapa kukus tadi.
Siap untuk dimasuk ke dalam mulut!
#semoga Allah memudahkan projek kuih melaka saya..amin#
No comments:
Post a Comment