Khamis muncul lagi..dan yang seronoknya...haaaaaaaa...matahari bersinar...almost 2 weeks kuantan bergelut dengan hujan+banjir...Alhamdulillah..keadaan kembali normal..
Ok..habis cerita pasal banjir..hari ni nak berkongsi resepi Sup Ayam Ringkas..Enjoy!
Bahan-bahan :
6 ketul ayam (basuh & tos)
Kentang & lobak
Minyak (untuk tumis)
Air
*4 bj bawang merah
*2 bj bawang putih
*1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
6 bj lada hitam
2 bj cengkih
1 uncang sup bunjut
Garam secukup rasa
Daun sup
Daun bawang
Lada merah
Limau
Cara-cara :
Tumbuk bahan bertanda * . Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga, lada hitam, cengkih & sup bunjut. Masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam dan kentang & lobak. Gaul seketika. Tambahkan air. Tunggu sehingga ayam masak dan kentang lembut. Perasakan dengan garam.
Matikan api. Hiriskan limau, daun sup, daun bawang dan lada merah. Tabur di atas sup.
Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment