Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati

Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”

12/17/2013

Resepi Masak Lemak Kacang Panjang Dengan Ikan Masin

Assalamualaikum..

Semoga kita semua sihat-sihat sahaja.. Hari ini xnak coret apa-apa.. Just wanna share resepi masakan kampung yang selalu mak masak di rumah.. :) Air tangan mak tiada tandingnya!

Selamat mencuba!


Masak Lemak Kacang Panjang Dengan Ikan Masin

Bahan-bahan :

5 btg kacang panjang
1 kpg isi ikan masin
2 bj bawang merah
1 bj bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cubit lada hitam 
1 jemput ikan bilis
1 cawan santan
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Cuci kacang panjang dan potong ikut panjang sama rata (2cm). Rendam seketika isi ikan masin dan potong kecil-kecil.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup. Tumbuk kasar lada hitam dan ikan bilis.

Panaskan minyak dan goreng sebentar isi ikan masin. Masukkan bahan tumbuk dan tunggu sehingga sedikit garing.

Masukkan santan. Kacau seketika. Masukkan kacang panjang dan air. Masak sehingga kacang panjang agak lembut. Perasakan dengan garam.

Tutup api dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment