Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati

Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”

12/30/2013

Tempahan baru..hehuhehuhehu.. :)

Assalamualaikum & selamat pg kuantan!

Arini cuti dr wat kue..ader tempahan nasi kerabu..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Kali ni menyiapkan nasi kerabu xle mcm 1st time wat..lebih cool n relax...mgkin da pnh wat..jd xle mcm nak bsilat kat dapor tuh..terime kaseh pada yang sudi menempah..len kali tempah ler lagi..hihi...



Bismillahirrahmanirahim..selamat menjamu mate :)

# Nk review resepi tengok cni yer..klik..

12/29/2013

Simple Lunch For Today

Assalamualaikum..

Salam tengahari untuk semua..

Mood? Lapar..Pagi ni berkejaran siapkan kuih untuk di anta ke kafe..buah melaka + kuih kasturi a.k.a kuih kacang..sibuk packing adek plak bangun..so xsempat snap pic kue kasturi..next time la yerr kalo nak tengok pic kue kasturi tuh.. :(

Arini kurang kerajinan nak memasak bagai untuk lunch..cer tengok nie..hahhahahaah...


nasi + ikan goreng + sawi tumis air + petai tumis ikan masin

Xde resepi2..sebab mesti semue tahu cmne nak masak sesimple nie..hehuhehuhehu..xpayah banyak songeh..jom..

Bismillahirrahmanirrahim.... :) ngap!

12/28/2013

Megi Goreng Di Pagi Hari

Salam semua...wahhh...entry berbunge2 gtuh!

Pagi ahaddddddd...supposely rilex2 kat umah bersame hubby & anak2 tapi hubby overtime pagi ni..so?jom wat bfast :)

Pagi nie menu ringkas kesukaan cik-cik bunge sy..megi goreng..tapi hubby panggil mee kerinting..xkisahla..jnj masuk perut..kenyang!xlupe..sedap :)

Meh tengok bahan-bahannya..

Bahan-bahan :

2 kpg megi kosong / mee kerinting (sy gune jename cintan)
3 bj bawang merah
2 bj bawang putih
1 pokok sawi
2 inch lobak (hiris semi bulat)
lada merah (hiris)
2 sudu sos tiram
10 hiris daging rebus
Kicap
Minyak untuk menumis

Cara memasak :

Celur mee dalam air mendidih sehingga lembut sedikit. Toskan.

Tumbuk bawang merah & bawang putih. Tunggu sehingga naik bau. Masukkan pula kicap & sos tiram.Kacau rata.

Masukkan daging. Gaul seketika. Masukkan mee , lobak, sawi & lada merah. Gaul rata.

Siap untuk di ngap!..


Megi goreng ala mamainasiris :)

Selamat bekerje dihujung minggu wat suami tersayang...luv u..heeeee....

Bukit Gambang Water Park

Assalamualaikum!

Salam gumbire untuk semue..hehuhehuhehu...seronok bercuti kat gambang water park..few pic to share..enjoy ya!






tak banyak pic sebab sebok main air..jom get wet @ bukit gambang waterpark!

Lontong Johor

Assalamualaikum..

Pagi sabtu yang indah..entah kenapa sejak akhir-akhir ni asyik masak menu johor jer..rindu sangat nak balik kg agaknye..

Pagi ni saje ajak hubby bfast kat luar..nasi dagang untuk kami berdue & karipap untuk  cik-cik bunge saye..sedap gak nasi dagang ni (mule la berangan nak wat nasi dagang..hahahhaha).

Pas bfast trus ke kedai..niat nak masak lontong arini..kebetulan smlm hubby request nk mkn ayam msk merah..boleh la mix n match je nti..

Pencarian bahan-bahan pon bermula..tapi bahan paling istimewa xde pulak hari ni..yes.. TEMPE xde..tempe n lodeh xdapat di pisahkan..tapi xpelah..dah xde..nk wat cmne kan?

Xtvt memasak pon bermulaaaaa.........

Bahan-bahan :

Nasi impit segera
Kobis
Kacang panjang
Lobak
Sengkuang
Kentang
Suhun & fucuk
2 kpg tauhu
1 sudu udang kering
1 mangkuk santan
1sudu lada kisar
2 bj telur
3 bj bawang merah
2 bj bawang putih
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara menyediakannya :

Rebus nasi impit ikut arahan pada pek.

Rebus telur sehingga masak.

Rendam suhun & fucuk.

Potong dadu tauhu & goreng seketika.

Hiris nipis kobis. Hiris serong kacang panjang. Lobak / sengkuang / kentang di potong panjang (seperti batang mancis).

Tumbuk bawang merah & bawang putih.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Tunggu sehingga naik bau & masukkan  udang kering & lada kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan sayur-sayuran. Tambahkan air. Didihkan seketika. Masukkam suhun, fucuk, dan tahu. Kacau & masukkan santan. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga sayur lembut & tutup api.

Hidang nasi impit bersama kuah lodeh dan telur rebus. Biasenye makan ngan sambal tumis tapi hari ni break the rules sket. Makan dengan ayam masak merah.


lontong johor versi mamainasiris :)









Kuih Buah Melaka ~Projek 2014~

Salam manis semua..semoga hari ni lebih manis dari semalam..(bukan manis gula sebab gula dah naik harge..hik..)

Ehem ehem..dah 2 pagi berturut-turut wat kuih buah melaka. Hantar dekat kafe tempat hubby kerja. 1st day wat 250g jer..tapi tauke kafe suruh tambah. So 2nd day wat 500g. Hubby balik dari kerja n cakap untuk tahun baru tauke mintak hantar lebih lagi...waaahhh...Terima kaseh Allah..

Alhamdulillah..

Bukanlah nak kata kuih saya buat sedap sangat..tapi insyaAllah kalau makan xdelah mengecewakan sangat. That's mean tahun baru nanti ader projek baru..Projek kuih buah melaka! untuk kafe hubby..

Meh tengok pic kuih buah melaka air tangan saya..


Comelkan :)

Jom scroll lagi untuk tengok resepi kuih ni :

Bahan - bahan :

500g tepung pulut
2 sudu besar garam
2 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)
1 bj kelapa parut (putih sahaja)
Pewarna hijau
Gula melaka (dipotong dadu)

Cara - cara menyediakannya :

Kisar daun pandan untuk dapatkan lebih kurang 2 cawan air pandan. (tapis)

Uli tepung pulut dengan air pandan sedikit hingga sedikit. Uli sehingga doh boleh dikepal - kepal. Jika warna hijau kurang berseri tambahkan sedikit pewarna hijau.

Gaul kelapa parut putih dengan  2 sudu besar garam. Kukus sebentar (5 minit) untuk dapatka tekstur yang sedikit keras. Proses ni memudahkan lagi kelapa lekat dengan cantik bila tepung digolek nanti.

Ambil sejemput doh dan bulat-bulatkan. Leperkan di bahagian tengah dan masukkan gula melaka yang di potong dadu.

Tutup semula bebola tadi. Pastikan gula melaka tidak terkeluar.

Didihkan air dan masukkan bebola buah melaka. Tunggu sehingga bebola timbul. Kaut bebola dan masukkan pula dalam air sejuk. Tapis dan golekkan pada kelapa kukus tadi.

Siap untuk dimasuk ke dalam mulut!

#semoga Allah memudahkan projek kuih melaka saya..amin#

Mee Bandung "marvellous"

Assalamualaikum..

Alkisah di satu pagi...

Hubby : baby.. (da anak 2 pon org panggil baby..kembang semangkok..hehehe..)
Wifey : yerr..
Hubby : wat mee bandung.....................
Wifey : haaaaaaaaaaaaaa..mcm nak ternganga sekejap...

Sebenarnye suami sy nie bukanlah cerewat bab makan..apa yang sy masak ditelan tanpa complaint..tak sedap pon makan jugekk..nak jaga hati kot..hahhahahhaa..

Tapi bila suami request macam ni memang sy cuba tunaikan walaupon seumur hidup tak pernah masak mee bandung..order kat kedai je tau nyer..haa...padan muka!jenuhla bertanye & wat research pasal mee bandung..

So..menu sempena cuti krismas ni adalah mee bandung marvellous penuh kasih sayang..sedap dan lazat siap bagi kat member lagi..(kalo xsedap makan sendiri2 jer..malu nak beri kat orang)..

Tengok pic dulu..hehuhehu..


(menggiurkan)

Jom kite tengok resepi mee bandung ni..

Bahan celur :

Mee kuning (450g)
Sawi (1 ikat)

Bahan cili jeruk :

Cili hijau / merah
1/2 cawan air panas
1 sudu cuka
1/2 sudu garam

Bahan kuah (kisar) :

6 bj bawang merah
3 bj bawang putih
12 tangkai cili kering

Bahan utama :

250g daging
2 ekor sotong (tak jumpa udang kat kedai)
1 genggam kacang tanah
1 sudu besar udang kering
2 bj telur
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
Minyak untuk menumis
Garam
Gula

Bahan hiasan :

Limau kasturi 
Daun sup
Tahu goreng
Bawang goreng

Lenguh dah menaip..hehheheh..

Cara memasak :

Sediakan cili jeruk lebih awal (sehari sebelum untuk dapatkan rasa yang sedap). Hiris tebal cili hidup. Campurkan dengan air panas, garam dan cuka. Simpan dalam bekas bertutup.

Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis. Simpan air rebusan daging.(lebih kurang 750ml)

Goreng kacang tanah. Ketepikan. Goreng pula tauhu dan hiris nipis.

Sementara tunggu daging empuk, celur mee kuning dan sawi.

Kisar sekali kacang tanah & udang kering. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging. Tunggu sehingga menggelegak. Masukkan kacang tanah & udang kering kisar. Kacau rata.

Masukkan sos cili, sos tomato, galam & gula. 

Pecahkan telur dalam mangkuk untuk elakkan telur busuk. Masukkan dalam kuah. (sebiji demi sebiji)

Tunggu sehingga telur masak. Masukkan daging dan sotong / udang.

Kacau perlahan untuk elak telur pecah.

Tutup api dan hidangkan bersama mee kuning, hirisan tauhu, cili jeruk, daun sup, bawang goreng, limau kasturi.

Sekian terima kasih..hehehehehe..



(hubby suka & siap suruh jual..hihihi)




12/17/2013

Resepi Masak Lemak Kacang Panjang Dengan Ikan Masin

Assalamualaikum..

Semoga kita semua sihat-sihat sahaja.. Hari ini xnak coret apa-apa.. Just wanna share resepi masakan kampung yang selalu mak masak di rumah.. :) Air tangan mak tiada tandingnya!

Selamat mencuba!


Masak Lemak Kacang Panjang Dengan Ikan Masin

Bahan-bahan :

5 btg kacang panjang
1 kpg isi ikan masin
2 bj bawang merah
1 bj bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cubit lada hitam 
1 jemput ikan bilis
1 cawan santan
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Cuci kacang panjang dan potong ikut panjang sama rata (2cm). Rendam seketika isi ikan masin dan potong kecil-kecil.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup. Tumbuk kasar lada hitam dan ikan bilis.

Panaskan minyak dan goreng sebentar isi ikan masin. Masukkan bahan tumbuk dan tunggu sehingga sedikit garing.

Masukkan santan. Kacau seketika. Masukkan kacang panjang dan air. Masak sehingga kacang panjang agak lembut. Perasakan dengan garam.

Tutup api dan sedia untuk dihidang.

12/16/2013

Blog Tanda Coretan Kenang-kenangan :)

Assalamualaikum..

Waaahhh..puitis sungguh tajuk kat atas tu.. Blog ini khas untuk tatapan diri sendiri..dan mungkin satu masa nanti anak-anak boleh baca sebagai kenangan mama mereka...

Yelah.. Kita tidak tahu bila kita akan kembali pada Pencipta kita.. Sekurang-kurangnya blog ini boleh jadi tanda ingatan untuk keluarga dan teman-teman..

Sayu hati ini bila terbaca kisah seorang teman yang kehilangan suami tersayang akibat kanser..Beliau menjaga suami hingga ke nafas terakhir ditemani keluarga dan seorang anak lelaki yang masih kecil.. Semoga beliau tabah mengharungi kehidupan ini. Alfatihah untuk suami beliau..


Foto Kenangan Di Zoo Kemaman Sempena Hari Lahir Inas Yang Ke 2

12/15/2013

Resepi Nasi Kerabu

Assalamualaikum...selamat pagi..

Semoga Allah merahmati kita semua hari ini, esok dan selama kita berada di bumiNya ini..amin.. :)

Semalam hari yang sangat best!
3 years+ duduk di kuantan, baru pertama kali mencuba membuat nasi kerabu..hahahah...selama ini asyik beli jer..berpeluh-peluh menyiapkan resepi ini.memang mencabar..maklumlah pertama kali gituh :)..berkejaran dengan masa juga sebab suami tersayang kerja lebih masa semalam..

Resepi nasi kerabu + ayam panggang ini perkongsian dari Aisyah..teman lama semasa belajar di Sg. Petani dahulu..Aisyah ini tauke nasi kerabu kecil-kecilan sekitar Putrajaya..belajar nasi kerabu dari ibu mertuanya yang merupakan ore kelate..

Jom..tengok resepi nasi kerabu versi Aisyah..


Terlebih pewarna biru :)

Bahan-bahan / cara memasak:

Ayam Panggang

5 ketul ayam
2 inch kunyit hidup
1 inch halia
3 bj bawang putih
Garam
Gula

## Cuci ayam sehingga bersih. Tumbuk semua bahan lain dan perapkan ayam. Perap semalaman untuk rasa yang lebih sedap. Panggang sehingga masak.

Nasi Kerabu

Beras
Air
pewarna biru / bunga telang
Daun limau purut

## Cuci beras. sukat air dan tambahkan sedikit pewarna biru. Ramas daun limau purut dan masukkan di dalam beras. Tanak nasi seperti biasa. (Jika ada daun telang, ambil beberapa kuntum rendam dalam air. Bila air bertukar kebiruan, sukat bersama beras seperti biasa).

Sambal cili

10 tangkai cili padi
1 tangkai lada merah
1 sudu cuka
1/2 sudu garam
2 sudu gula

## Tumbuk semua bahan dan seimbangkan rasanya mengikut citarasa.

Sambal Kelapa

Kelapa parut (setengah biji)
1 ekor ikan kembung
3 bj bawang merah
2 batang serai
1/2 sudu garam
1 sudu gula

## Sangai kelapa parut sehingga bertukar warna coklat. Rebus ikan dan asingkan isi dari tulang. Tumbuk halusbawang dan serai. Tumbuk kasar kelapa sangai. Gaul rata semua bahan.

Ulam

Kobis
Kacang panjang
Daun kesum

## Cuci dan hiris halus semua ulam. (Tak makan sayur sebab tu letak sikit jer..hehehhe..)

Bahan tambahan

Telur masin

## Cuci bersih dan rebus. Belah 2.

Siap untuk dihidangkan macam pic kat bawah ni...(kalau nak lagi sedap tambahkan budu)


Selamat menjamu selera !




12/13/2013

Resepi Sambal Terung

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Semoga Allah jadikan hari ini lebih baik dari semalam..InsyaAllah..

Hari ini hendak berkongsi resepi sambal terung yang sangat ringkas dan mudah disediakan.

Bahan-bahan :

Minyak (untuk tumis)
Sedikit air
1 bj terung (cuci & potong)
5 tangkai cili padi
3 bj bawang merah
2 bj bawang putih
1 cm halia
1 genggam ikan bilis
Garam  & gula secukup rasa

Cara memasak :

Cuci terung dan potong ikut citarasa anda.Toskan.

Tumbuk semua bahan kecuali ikan bilis.Tumbuk sekali lagi tetapi biarkan ikan bilis ditumbuk kasar-kasar sahaja.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.Tunggu sehingga naik bau dan masukkan terung.

Tambahkan air dan masak sehingga terung lembut.Perasakan dengan garam dan gula.Siap!

Enak dimakan bersama nasi panas..yummmyyy :)




12/12/2013

Air Terjun Panching @ Sg. Pandan :)

Assalamualaikum..

Petang ini hendak berkongsi kenangan mandi manda di air terjun Panching @ Sg. Pandan. Sudah lama tidak bawa anak-anak main air.. Dan kebetulan pula musim cuti sekolah..adik ipar join sekali..

Seeejukkk + syoookkk.. :)


mama@inas@iris@danial

papa@iris

mama@papa@inas@iris

enjoy ! :)

12/11/2013

Mentari Muncul Lagi.. :)

Assalamualaikum..

Khamis muncul lagi..dan yang seronoknya...haaaaaaaa...matahari bersinar...almost 2 weeks kuantan bergelut dengan hujan+banjir...Alhamdulillah..keadaan kembali normal..




Ok..habis cerita pasal banjir..hari ni nak berkongsi resepi Sup Ayam Ringkas..Enjoy!

Bahan-bahan :

6 ketul ayam (basuh & tos)
Kentang & lobak
Minyak (untuk tumis)
Air

*4 bj bawang merah
*2 bj bawang putih
*1 inci halia

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
6 bj lada hitam
2 bj cengkih
1 uncang sup bunjut
Garam secukup rasa

Daun sup
Daun bawang
Lada merah 
Limau

Cara-cara :

Tumbuk bahan bertanda * . Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga, lada hitam, cengkih & sup bunjut. Masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau.

Kemudian masukkan ayam dan kentang & lobak. Gaul seketika. Tambahkan air. Tunggu sehingga ayam masak dan kentang lembut. Perasakan dengan garam.

Matikan api. Hiriskan limau, daun sup, daun bawang dan lada merah. Tabur di atas sup.

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!



12/08/2013

'Freelance Draughtperson' :)

Salam isnin yang ceria untuk semua...

Diam tak diam it's almost 3 years bergelar surirumah..rindu hendak berkerja semula tapi anak-anak & suami jadi keutamaan..

Rindu pada Autocad terubat bila baru-baru ini dapat job buat drawing..Alhamdulillah..rezeki Allah..Hehe sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat pelukis pelan (majored in civil & structural dwg) boleh hubungi saya..


Ini drawing for first client saya dari Kuantan..Semoga berpuashati..Hehehehehe..Lain kali boleh cari saya lagi...

Cukup sampai sini dulu..DADA DIDI DUDU..assalamualaikum.. :)

12/07/2013

Salam Ukhuwah..

Assalamualaikum..salam ukhwah untuk semua..cita cita untuk membuka sebuah blog terlaksana setelah sekian lama..Syukur padaMu Ya Allah..Semoga setiap perkongsian dapat memberi manfaat..

@housewife@zulizwan@mama@inas@iris@happyblogging@