Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati

Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”

12/30/2013

Tempahan baru..hehuhehuhehu.. :)

Assalamualaikum & selamat pg kuantan!

Arini cuti dr wat kue..ader tempahan nasi kerabu..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Kali ni menyiapkan nasi kerabu xle mcm 1st time wat..lebih cool n relax...mgkin da pnh wat..jd xle mcm nak bsilat kat dapor tuh..terime kaseh pada yang sudi menempah..len kali tempah ler lagi..hihi...



Bismillahirrahmanirahim..selamat menjamu mate :)

# Nk review resepi tengok cni yer..klik..

12/29/2013

Simple Lunch For Today

Assalamualaikum..

Salam tengahari untuk semua..

Mood? Lapar..Pagi ni berkejaran siapkan kuih untuk di anta ke kafe..buah melaka + kuih kasturi a.k.a kuih kacang..sibuk packing adek plak bangun..so xsempat snap pic kue kasturi..next time la yerr kalo nak tengok pic kue kasturi tuh.. :(

Arini kurang kerajinan nak memasak bagai untuk lunch..cer tengok nie..hahhahahaah...


nasi + ikan goreng + sawi tumis air + petai tumis ikan masin

Xde resepi2..sebab mesti semue tahu cmne nak masak sesimple nie..hehuhehuhehu..xpayah banyak songeh..jom..

Bismillahirrahmanirrahim.... :) ngap!

12/28/2013

Megi Goreng Di Pagi Hari

Salam semua...wahhh...entry berbunge2 gtuh!

Pagi ahaddddddd...supposely rilex2 kat umah bersame hubby & anak2 tapi hubby overtime pagi ni..so?jom wat bfast :)

Pagi nie menu ringkas kesukaan cik-cik bunge sy..megi goreng..tapi hubby panggil mee kerinting..xkisahla..jnj masuk perut..kenyang!xlupe..sedap :)

Meh tengok bahan-bahannya..

Bahan-bahan :

2 kpg megi kosong / mee kerinting (sy gune jename cintan)
3 bj bawang merah
2 bj bawang putih
1 pokok sawi
2 inch lobak (hiris semi bulat)
lada merah (hiris)
2 sudu sos tiram
10 hiris daging rebus
Kicap
Minyak untuk menumis

Cara memasak :

Celur mee dalam air mendidih sehingga lembut sedikit. Toskan.

Tumbuk bawang merah & bawang putih. Tunggu sehingga naik bau. Masukkan pula kicap & sos tiram.Kacau rata.

Masukkan daging. Gaul seketika. Masukkan mee , lobak, sawi & lada merah. Gaul rata.

Siap untuk di ngap!..


Megi goreng ala mamainasiris :)

Selamat bekerje dihujung minggu wat suami tersayang...luv u..heeeee....

Bukit Gambang Water Park

Assalamualaikum!

Salam gumbire untuk semue..hehuhehuhehu...seronok bercuti kat gambang water park..few pic to share..enjoy ya!






tak banyak pic sebab sebok main air..jom get wet @ bukit gambang waterpark!

Lontong Johor

Assalamualaikum..

Pagi sabtu yang indah..entah kenapa sejak akhir-akhir ni asyik masak menu johor jer..rindu sangat nak balik kg agaknye..

Pagi ni saje ajak hubby bfast kat luar..nasi dagang untuk kami berdue & karipap untuk  cik-cik bunge saye..sedap gak nasi dagang ni (mule la berangan nak wat nasi dagang..hahahhaha).

Pas bfast trus ke kedai..niat nak masak lontong arini..kebetulan smlm hubby request nk mkn ayam msk merah..boleh la mix n match je nti..

Pencarian bahan-bahan pon bermula..tapi bahan paling istimewa xde pulak hari ni..yes.. TEMPE xde..tempe n lodeh xdapat di pisahkan..tapi xpelah..dah xde..nk wat cmne kan?

Xtvt memasak pon bermulaaaaa.........

Bahan-bahan :

Nasi impit segera
Kobis
Kacang panjang
Lobak
Sengkuang
Kentang
Suhun & fucuk
2 kpg tauhu
1 sudu udang kering
1 mangkuk santan
1sudu lada kisar
2 bj telur
3 bj bawang merah
2 bj bawang putih
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara menyediakannya :

Rebus nasi impit ikut arahan pada pek.

Rebus telur sehingga masak.

Rendam suhun & fucuk.

Potong dadu tauhu & goreng seketika.

Hiris nipis kobis. Hiris serong kacang panjang. Lobak / sengkuang / kentang di potong panjang (seperti batang mancis).

Tumbuk bawang merah & bawang putih.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Tunggu sehingga naik bau & masukkan  udang kering & lada kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan sayur-sayuran. Tambahkan air. Didihkan seketika. Masukkam suhun, fucuk, dan tahu. Kacau & masukkan santan. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga sayur lembut & tutup api.

Hidang nasi impit bersama kuah lodeh dan telur rebus. Biasenye makan ngan sambal tumis tapi hari ni break the rules sket. Makan dengan ayam masak merah.


lontong johor versi mamainasiris :)









Kuih Buah Melaka ~Projek 2014~

Salam manis semua..semoga hari ni lebih manis dari semalam..(bukan manis gula sebab gula dah naik harge..hik..)

Ehem ehem..dah 2 pagi berturut-turut wat kuih buah melaka. Hantar dekat kafe tempat hubby kerja. 1st day wat 250g jer..tapi tauke kafe suruh tambah. So 2nd day wat 500g. Hubby balik dari kerja n cakap untuk tahun baru tauke mintak hantar lebih lagi...waaahhh...Terima kaseh Allah..

Alhamdulillah..

Bukanlah nak kata kuih saya buat sedap sangat..tapi insyaAllah kalau makan xdelah mengecewakan sangat. That's mean tahun baru nanti ader projek baru..Projek kuih buah melaka! untuk kafe hubby..

Meh tengok pic kuih buah melaka air tangan saya..


Comelkan :)

Jom scroll lagi untuk tengok resepi kuih ni :

Bahan - bahan :

500g tepung pulut
2 sudu besar garam
2 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)
1 bj kelapa parut (putih sahaja)
Pewarna hijau
Gula melaka (dipotong dadu)

Cara - cara menyediakannya :

Kisar daun pandan untuk dapatkan lebih kurang 2 cawan air pandan. (tapis)

Uli tepung pulut dengan air pandan sedikit hingga sedikit. Uli sehingga doh boleh dikepal - kepal. Jika warna hijau kurang berseri tambahkan sedikit pewarna hijau.

Gaul kelapa parut putih dengan  2 sudu besar garam. Kukus sebentar (5 minit) untuk dapatka tekstur yang sedikit keras. Proses ni memudahkan lagi kelapa lekat dengan cantik bila tepung digolek nanti.

Ambil sejemput doh dan bulat-bulatkan. Leperkan di bahagian tengah dan masukkan gula melaka yang di potong dadu.

Tutup semula bebola tadi. Pastikan gula melaka tidak terkeluar.

Didihkan air dan masukkan bebola buah melaka. Tunggu sehingga bebola timbul. Kaut bebola dan masukkan pula dalam air sejuk. Tapis dan golekkan pada kelapa kukus tadi.

Siap untuk dimasuk ke dalam mulut!

#semoga Allah memudahkan projek kuih melaka saya..amin#

Mee Bandung "marvellous"

Assalamualaikum..

Alkisah di satu pagi...

Hubby : baby.. (da anak 2 pon org panggil baby..kembang semangkok..hehehe..)
Wifey : yerr..
Hubby : wat mee bandung.....................
Wifey : haaaaaaaaaaaaaa..mcm nak ternganga sekejap...

Sebenarnye suami sy nie bukanlah cerewat bab makan..apa yang sy masak ditelan tanpa complaint..tak sedap pon makan jugekk..nak jaga hati kot..hahhahahhaa..

Tapi bila suami request macam ni memang sy cuba tunaikan walaupon seumur hidup tak pernah masak mee bandung..order kat kedai je tau nyer..haa...padan muka!jenuhla bertanye & wat research pasal mee bandung..

So..menu sempena cuti krismas ni adalah mee bandung marvellous penuh kasih sayang..sedap dan lazat siap bagi kat member lagi..(kalo xsedap makan sendiri2 jer..malu nak beri kat orang)..

Tengok pic dulu..hehuhehu..


(menggiurkan)

Jom kite tengok resepi mee bandung ni..

Bahan celur :

Mee kuning (450g)
Sawi (1 ikat)

Bahan cili jeruk :

Cili hijau / merah
1/2 cawan air panas
1 sudu cuka
1/2 sudu garam

Bahan kuah (kisar) :

6 bj bawang merah
3 bj bawang putih
12 tangkai cili kering

Bahan utama :

250g daging
2 ekor sotong (tak jumpa udang kat kedai)
1 genggam kacang tanah
1 sudu besar udang kering
2 bj telur
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
Minyak untuk menumis
Garam
Gula

Bahan hiasan :

Limau kasturi 
Daun sup
Tahu goreng
Bawang goreng

Lenguh dah menaip..hehheheh..

Cara memasak :

Sediakan cili jeruk lebih awal (sehari sebelum untuk dapatkan rasa yang sedap). Hiris tebal cili hidup. Campurkan dengan air panas, garam dan cuka. Simpan dalam bekas bertutup.

Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis. Simpan air rebusan daging.(lebih kurang 750ml)

Goreng kacang tanah. Ketepikan. Goreng pula tauhu dan hiris nipis.

Sementara tunggu daging empuk, celur mee kuning dan sawi.

Kisar sekali kacang tanah & udang kering. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging. Tunggu sehingga menggelegak. Masukkan kacang tanah & udang kering kisar. Kacau rata.

Masukkan sos cili, sos tomato, galam & gula. 

Pecahkan telur dalam mangkuk untuk elakkan telur busuk. Masukkan dalam kuah. (sebiji demi sebiji)

Tunggu sehingga telur masak. Masukkan daging dan sotong / udang.

Kacau perlahan untuk elak telur pecah.

Tutup api dan hidangkan bersama mee kuning, hirisan tauhu, cili jeruk, daun sup, bawang goreng, limau kasturi.

Sekian terima kasih..hehehehehe..



(hubby suka & siap suruh jual..hihihi)